satu kisah benar seorang perempuan yang
bermimpi mengenai mati dan diazab di
dalam kubur.... dan skrg telah mendapat
petunjuk dari Allah...
satu malam aku tidur dan bermimpi sudah
menjadi mayat...masa sakaratul maut
memang menyakitkan dan roh ku tetap
berdiri disebelah jasad dan menangis
mengenangkan nasib dah menjadi mayat
menyesal dan takut.....aku melihat jasad ku
dimandikan dan dikapankan.....dan dihantar
untuk disolatkan selepas aku sudah tiada
disitu sampai dikebumikan.... aku mendengar
talkin dibacakan....dan selepas 7 langkah
terakhir suami ku meninggalkan kubur
ku....lalu datanglah malaikat (tapi aku tak
nampak malaikat tu tapi hanya dengar
suaranya je) menyoalku dengan baik dalam
bahasa arab aku faham soalan yang
diajukan....(dialam kubur... Allah akan
memberi kefahaman untuk memahami
bahasa arab yang disoal malaikat) tapi tak tau
apa nak dijawab mulut ku pula tertutup rapat
seperti digam dan aku sebenarnya nak bagi
tau yang aku tak tau jawapannya....
masa tu aku dipukul dengan tali yang
daripada petir dan kilat....aku dipukul sampai
hancur dan jatuh daging dari jasad dan
terbenam dalam tanah tempat ku duduk
(masa malaikat soal aku sedang duduk bukan
baring) lalu malaikat menarik rambut ku
keluarkan dari dalam tanah yang terbenam
dan tercantum semula daging yang hancur
tadi tapi sakit dan perit sekali memang tak
dapat dilupakan.....aku nangis menjerit
kesakitan sambil menyebut Allah hu akbar
sakitnya kenapa aku siksa macam ni
sedangkan semasa aku hidup aku taat pada
perintah allah dan suami (masa itu tiba-tiba
mulut ku boleh berkata).......Pada masa tulah
aku dengar suara malaikat yang menakutkan
itu bagi tau kamu memang taat pada
suami.....dan kamu memang solat adakah
solat kamu benar2 ikhlas dengan Allah...
dan kamu tak pernah dakwah dengan
jiran2 ,sedara2,adik beradik walaupun kamu
tahu mereka buat dosa dan mereka tidak
menutup aurat dengan sempurna....dan lalai
dari mengingati allah....(barulah aku sedar
dengan dosa yang aku lakukan..... (dan
teringat pula di dunia masa aku tengok tv
dan bila mendengar azan aku fikir solat boleh
qadak kerana cerita di tv belum habis nanti
tak tau pula kesudahannya....dan terkadang
aku fikir baru je solat nak solat lagi....dan rajin
dengar radio mencari hiburan didunia yang
melalaikan).....pada masa diazab aku merayu
untuk dihidupkan kembali dan aku
memanggil ya Allah ampunkan dosa ku aku
tak tau pasal tu semua, kalau aku tau aku tak
buat.....ya Allah hidupkanlah aku 1 kali je lagi
aku janji takkan lalai lagi....dan aku dipukul
untuk kali ke2 dengan soalan yang sama dan
aku tetap merayu tanpa jemu kerana tak
tahan dengan siksaan kubur ku....malaikat
berkata dengan suara yang menakutkan
semua ahli neraka minta perkara yang sama
iaitu minta dihidupkan semula tetapi tidak
akan dilayan kerana didunialah tempat
menentukan segalanya....
aku tetap merayu....selepas itu aku terdengar
satu suara beritahu bagi kesempatan sekali
lagi untuknya....dan ketika itu malaikat
memukul ku lalu aku tercampak dari kubur
ku yang meletup dengan kain kapan yang
masih berdarah......aku tersentak bangun dari
tempat tidur dan aku terasa tubuh ku seperti
baru di tuang air panas dasyat sekali
walaupun mimpi tetapi terasa seperti benar2
terjadi....aku menangis tanpa henti2...dan
memohon keampunan dari allah keatas dosa
yang telah aku lakukan..... selepas tu aku
mejalani kehidupan seperti biasa tanpa rasa
apa lagi iaitu masih tengok tv dan dengar
radio...masa aku sedang tengok tv satu suara
tanya dengan ku dimana janji kamu aku
tersentak dan terus matikan tv dan
beristifar.....malam tu aku bermimpi suara tu
suruh aku tepati janji ku masa dialam
barzakh.... Tidak lama selepas mimpi itu saya
kini dapat mendengar suara malaikat yang
akan menegur saya jika membuat salah dan
akan menasihati saya bila ada kemuskilan..
sebagai contoh, saya lengahkan solat, suara
tu akan ingatkan balik janji dari dalam kubur,
jika lalai dan lagha, suara tu akan sound
supaya tidak lagha..,
bila di tanya suara siapakah ini?, maka suara
itu mengaku bahawa dia adalah malaikat dari
alam hakikat dan dipesan supaya jangan
lalai.. maksud lalai aku dilarang tengok tv dan
dengar radio kerna itu hiburan dunia yang
kita asyik sekali sampai lupa Allah....esoknya
radio aku didapur aku buang dan hifi aku
pula tiba2 tak boleh mendengar siaran radio
(Allah sentiasa kasihkan hambanya supaya
tidak lalai mendengar radio) cuma boleh
mainkan cd je hifi tu,dan lepas itu aku
menggunakan hifi itu untuk mendengar
nasyid...kerana aku fikir takpelah boleh
dengar nasyid dan suara tu tetap ingatkan
ku… boleh dengar nasyid yang memuji Allah
dan zikir....lebih eloknya zikir sendiri bukan
dengar radio ikut zikir....dan disuruh
menutup yang sebenar2 aurat dengan
sempurna dan disuruh membaca tafsir
alquran sebenar2 firman allah dan hadith
rasullullah untuk berdakwah bukan main ikut
suka hati nak berdakwah ikut hadith yang
tak sahih...
Antaranya:-
- saya bukan di utus untuk berdakwah(diutus
hanya untuk para nabi dan rasul), tapi di
perintah oleh Allah untuk berdakwah dan
dipesan kepada saya bahawa dosa saya tetap
akan dihisab dan saya hanyalah sebagai
manusia biasa yang diberi peringatan oleh
Allah untuk khabarkan apa yang
diperlihatkan oleh Allah kepada saya untuk
disampaikan kepada ummat Muhammad
sebelum terlambat.
- kita semua juga disuruh berdakwah antara
satu sama lain dan disuruh menyayangi umat
Nabi Muhammad seperti Nabi Muhammad
menyayangi umatnya.
- Alif Lam Min bermaksud, Alif untuk Allah,
Lam untuk Jibrail, Mim untuk
Muhammad.bermaksud kitab ini daripada
Allah diturunkan kepada jibril dan
diwahyukan kepada nabi muhammad s.a.w.
kitab ini alquran tidak ada keraguan padanya
jadi petunjuk bagi orang2 yang bertakwa.
- Alif Lam Raa bermaksud, Alif untuk Allah,
Lam untuk Jibrail, Raa untuk
Rasulullah.bermaksud kitab ini daripada Allah
diturunkan kepada jibril dan diwahyukan
kepada Rasulullah s.a.w. Itulah ayat ayat kitab
yang terang. Sesungguhnya telah kami
turunkan quran dalam bahasa arab, mudah
mudahan kamu memikirkannya.
- Alif Lam Min Raa bermaksud, Alif untuk Allah,
Lam untuk Jibrail, Mim untuk Muhammad, Raa
untuk Rasulullah bermaksud kitab ini
daripada Allah diturunkan kepada jibril dan
diwahyukan kepada Muhammad Rasulullah
s.a.w. Itulah ayat ayat kitab apa apa yang
diturunkan kepada engkau (Muhammad
s.a.w) dari tuhanmu adalah benar. Tetapi
kebanyakkan manusia tiada mahu beriman.
- Doakan orang islam yang telah meninggal
dunia didalam kubur supaya di ampunkan
oleh Allah, termasuk dosa syirik.(dosa syirik
yang dimaksudkan adalah syirik kecil yang
tak disengajakan seperti pantang-pantang
yang dicipta manusia(contoh org
mengandung tak boleh duduk depan
pintu,makan ubat... dan percaya ubat boleh
baikkan sakit - dan semua yang mengenai
bid..ah dan syirik kerana mereka tidak yakin
pada Allah iaitu qadaq dan qadar Allah... pasal
syirik dan bid..ah ni siksaan tentang ini amat
pedih) dan disuruh minta ampun pada Allah
atas dosa syirik kecil untuk org yang
meninggal dunia adalah kerana mereka telah
meninggal dunia dan tidak akan dapat
kembali lagi kedunia untuk bertaubat... oleh
itu kita disuruh beramai ramai mendoakan
atas kesalahan yang tidak disengajakan itu....
dan diberi peringatan bahawa tugas kita
hanyalah mendoakan sahaja dengan ikhlas
dan tidak boleh berharap dan tugas Allah
yang mengampuni semua dosa tak
tersengaja oleh ahli kubur islam itu....Dosa
yang menyekutukan Allah (syirik yang besar)
Allah memang tak akan ampunkan....
(contoh... seperti yang semua sedia maklum
yang sudah diketahui oleh semua org)
Seksaan Allah amat pedih bagi yang engkar
dengan perintah Allah.
- Dan disuruh mengikut sebenar benar cara
Rasulullah s.a.w buat.... dan diperingatkan
bahawa umat akhir zaman ini belum tentu
dapat masuk syurga kerana manusia skrg ini
dah semakin jauh dari ajaran islam yang
dibawa Rasulullah s.a.w dan terlalu ke arah
hiburan yang melalaikan dari mengingati
Allah dan tidak sama dengan apa yang
diajarkan Nabi Muhammad s.a.w....
(maksudnya disuruh mengikuti sunnah
rasulullah 100% dengan banyak berzikir dan
mengingati Allah setiap masa untuk
mencapai kejayaan di akhirat tanpa hiburan
yang melalaikan dan melekakan daripada
mengingati Allah)
- Tidak boleh bunuh orang kapir sewenang-
wenang.
- Banyakkan baca Tafsir Al-Quran(maksudnya
membaca quran sambil mengetahui
maksudnya), dan berhati hati merujuk hadith.
- Kerahmatan Allah mendahului Kemurkaan
Allah.dan kiranya sesiapa bertanya tentang ku
(Allah) katakanlah aku terlalu hampir dengan
mereka.
- Disuruh mendidik anak dengan islam yang
sebenarnya bermula dari kecil dan disuruh
mengajar anak tentang kasih sayang Allah
terhadap hambanya.
- setiap kali kita berdoa haruslah ditambah
"Dengan Rahmat Allah" (seperti contoh... Ya
Allah ampunkanlah dosaku dengan
rahmatmu Ya allah....)
- Sekira kamu ditimpa musibah dan sakit
berdoalah kepada Allah supaya diampunkan
dosa kamu... bukan diminta "baikkan" sakit
atau mengeluh.... kerana dengan rahmat
Allah.... setiap sakit dan musibah itu adalah
satu penghapus dosa didunia untuk
hamba2nya...
- Seorang manusia yang melalaikan manusia
yang lain daripada mengingati Allah akan di
azab dengan teruk. siksaan Allah amatlah
pedih sekali. dengan kehendak Allah juga
saya juga telah diperlihatkan tentang siksaan
azab kubur melalui mimpi bagi orang yang
melalaikan org lain daripada mengingati
Allah.... yang mana kubur mereka amat sedih
sekali saya melihat siksaan kuburnya yang
terbakar dengan api yang membakar dan
dipukul dengan azabnya sehingga berdarah
darah.... sebagai peringatan untuk tidak
melalaikan manusia lain daripada mengingati
Allah... seperti contoh untuk tidak
mengaibkan nama sesiapa cukuplah saya
memberitahu ianya adalah pelakon, penyanyi,
dj yang telah meninggal dunia tanpa sempat
bertaubat kepada Allah dan semua manusia
yang melalaikan manusia lain dari mengingati
Allah... saya amat kasihan sekali melihat
mereka kerana mereka bermohon kepada
Allah agar diampunkan dosanya dengan kata
kata "Ya Allah ampunilah aku, kembalikan lah
aku kedunia agar aku dapat
bertaubat,ampunkan dosa aku kerana aku
telah melalaikan ramai manusia daripada
mengingatimu Ya Allah kerana aku tidak tahu
dan aku fikir itu hanyalah sekadar hiburan
dan bukanlah dosa besar" bagi yang telah
membaca kisah ini... saya merayu kepada
semua untuk mendoakan mereka semua
dengan ikhlas kepada Allah agar dengan
rahmat Allah mereka semua diampunkan
dosa dosa kecilnya bagi meringankan azab
kubur mereka.(cuba bayangkan diri saudara
dan saudari sekalian berada ditempat mereka
skrg ini… kasihanilah mereka dengan
mendoakannya)
- Dan diberitahu kepada saya juga... bagi
pelakon, penyanyi atau seperti contoh diatas
yang telah meninggal dunia... selagi manusia
skrg ini menonton filemnya selagi itulah
mereka kena azab dan dosanya semakin
banyak seramai manusia yang menontonnya
atau menyanyikan nya... ( saya juga merayu
kepada semua org.... jangan lah melihat cerita
pelakon dan penyanyi terbabit yang telah
meninggal dunia...(kasihanilah mereka diazab
oleh Allah... mereka telah meninggal dunia
dan tidak dapat kembali ke dunia... doakan
lah mereka dengan ikhlas kepada Allah)
- Apa yang Allah diperlihat kan kepada saya
semua ini adalah sebagai tanda peringatan
kepada saya, keluarga saya dan semua
manusia. dan saya tetap manusia biasa dan
dipesan kepada saya juga dosa saya juga
tetap akan dihisab dan saya hanya disuruh
menyampaikan sahaja kepada semua
hambanya apa yang disuruh malaikat atas
perintah Allah SWT.
Share this article :
Tidak ada komentar:
Posting Komentar
Komentar anda sangat berharga bagi kami